Monday, January 25, 2016

Kunjung Hormat Ke Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang



Kuantan 20.1.2016 - Delegasi Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) yang diwakili Ketua 1 YH Dato' Profesor Mohd Mansor Abdullah, Setiausaha, Bendahari, Pegawai Seranta serta Pn Ifa telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang pagi tadi.

Masa selama hampir 1 jam dimanafaatkan untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat diantara DPMP dengan Dato' Haji Edros Yahya, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang.

Banyak yang dibincangkan antaranya mengenai kerjasama dan perancangan event kebudayaan bertaraf antarabangsa yang akan dilaksanakan oleh DPMP dengan kerjasama kerajaan dan kementerian tidak lama lagi.




Friday, January 22, 2016

Lawatan Ke Perpustakaan Nasional Singapura




Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) akan mengadakan lawatan ke Perpustakaan Negara Singapura pada 11,12 dan 13hb Februari 2016.

Penyertaan lawatan adalah terbuka kepada Ahli Jawatankuasa dan Ahli-ahli Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) yang berminat.

Aturcara yg dicadangkan adalah seperti berikut:

Khamis
1. Pertemuan muhibbah dgn Asas50
2. Pertemuan muhibbah dgn wakil Majlis Bhs Melayu S'pura

Jumaat
1. Lawatan ke Taman Warisan Melayu (pusat sumber dan mini muzium)
2. Lawatan ke Madrasah (lihat sistem pengajian di sana)
3. Lawatan ke sebuah sekolah pemerintah

Sabtu
1. Lawatan ke 3 buah perpustakaan pelbagai sasar
2. Acara pelancaran
3. Opsyenal ke muzium

Antara yang mengesahkan penyertaan lawatan adalah seperti senarai berikut:

1. Prof. Dato' Dr. Hj. Mohd Mansor Abdullah
2. Tuan Haji Rahman Haji Yusuf
3. Tuan Kamaludin Endol
4. Abg Nan Smart
5. Abg Adi Cakrawala
6. Alifah Che Mat 
7. Kak Mel
8. Kelompen Koi

Sebarang maklumat dan keterangan lanjut boleh hubungi nombor whatsapp Alifah Che Mat: 016-220 4242


~ Admin.





Thursday, January 21, 2016

Ahli Jawatankuasa DPMP 2016 - 2017


Berikut adalah Ahli Jawatankuasa dan Jawatankuasa dilantik, berserta portfolio biro-biro dalam Dewan Persuratan Melayu Pahang sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat AJK DPMP 1/2016 pada 16hb. Januari 2016 lalu.


1. Dato' Prof. Mohd Mansor Abdullah,
(Ketua 1)

2. Dato' Dr. Ahmad Munawar ~ Biro Perhubungan Antarabangsa
(Ketua 2)

3. Hj Mohamad Hashim Ismail ~ Biro Keahlian dan Kebajikan
(Setiausaha Satu)

4. Abd Rahman Hj Yusof ~ Biro Kewangan dan Ekonomi
(Bendahari Kehormat)

5. Abd Azam Abd Rahman ~ Biro Penerangan dan Seranta.
(Pegawai Seranta)

6.Kamaluddin Endol ~ Biro Pengembangan Bahasa, Sastera dan Budaya
(Jawatankuasa) (Dilantik)

7. Dato' Zainuddin Jumaat,
(Jawatankuasa)

8. Dato' Sheikh Badar,
(Jawatankuasa)

9. Dr. Abd Halim Ali
(Jawatankuasa)

10. Abu Bakar Ahmad
(Jawatankuasa)

11. Asmui Mustafa
Jawatankuasa

12.Hj Muhamad Hj Abdullah,
Jawatankuasa.

13.Mohd Arif Talib,
(Jawatankuasa)

14.Alifah Che Mat
(Jawatankuasa) (Dilantik)







Sejarah DPMP


Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) telah ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Temerloh Pahang. Dengan nombor pendaftaran 238 Pahang.

Ketua 1 yang pertama adalah Haji Taib bin Muhammad Akil.

Pada awal penubuhan, Perlembagaan DPMP menyebut 'Yang Di Pertua' bagi jawatan Ketua 1.

Perlembagaan DPMP membenarkan menubuhkan cawangan disetiap Daerah dengan panggilan sebagai 'DPMP Kawasan'.

Anugerah Sastera Darul Makmur DPMP 2015 - Sajak Lim Swee Tin



Malam Anugerah Sastera Darul Makmur DPMP 2015




Album Pertemuan DPMP Dengan Majlis Perbandaran Kuantan




Pertemuan diantara Ahli Jawatankuasa DPMP dengan pihak Majlis Perbandaran Kuantan telah diadakan pada jam 11.30 pagi, di Bilik Mesyuarat Majestik, Bangunan MPK, Kuantan bagi membincangkan peluang-peluang dan ruang yang boleh diisi oleh DPMP dalam mengetengahkan seni sastera dan budaya kepada masyarakat.

Ianya adalah usaha dalam mencari sesuatu agar dapat pengisian dibuat untuk acara bahasa, kesusasteraan dan kesenian di bumi Pahang ini. 

Suatu permulaan yang baik dengan langkah perbincangan yang kemas dan jitu.

Sekalung tahniah buat pihak pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) khususnya Yang Di Pertua - Dato' Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Kualiti - En Rosli bin Osman dan Ketua Bahagian Pelancongan - Puan Fatimah binti Mohd kerana sudi meluangkan masa bersama berbincang dengan pihak DPMP yang diketuai oleh Prof. Dato' Dr. Hj. Mohd Mansor Abdullah.

InshaAllah, pelbagai agenda bersifat ilmiah serta pengisian bermanfaat akan diaturkan dalam acara kerjasama ini dalam waktu terdekat.

Semoga DPMP dan MPK akan dapat bersama berganding bahu untuk melestarikan niat murni membangkitkan kesedaran bangsa dalam menghargai peradaban bahasa dan Bangsa Melayu, InshaAllah.














Album Foto Mesyuarat Ahli Jawatankuasa DPMP 1/2016




Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) 1/2016 pada 16hb. Januari 2016 Jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang, Kuantan.












Album Foto Mesyuarat Agung DPMP 2015



Foto kenangan sekitar Mesyuarat Agung Tahunan DPMP pada 26.13.2015 jam 10.00 pagi di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang, Kuantan.