Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

Tuesday, December 20, 2016

'BICARA KARYA' DEWAN PERSURATAN MELAYU PAHANG




Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) akan mengadakan satu program 'Bicara Karya' pada 22 Disember 2016 bertempat di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmah Shah Kuantan. 

Program yang membiacarakan karya penulis-penulis Pahang ini dijadualkan akan dimulakan pada jam 8.30 pagi. Pembicara terdiri daripada Dr Norazimah Zakaria (UPSI) Dr A Halim Ali (UPSI) dan Dr Mohd Mansor Abdullah (DPMP). Moderator Sdr Usman Gumanti Ibrahim (SU 2 GAPENA ).

Program ini dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah itu adalah sebahagian dari kegiatan Dewan Persuratan Melayu Pahang bagi tahun ini.

Ketua 1 Dewan Persuratan Melayu Pahang, Dato' Mohd Mansor Abdullah berharap peminat-peminat sastera di sekitar Kuantan dan seluruh negeri Pahang agar dapat hadir beramai-ramai di majlis berkenaan bagi memeriahkan penulisan dan kesusastraan negeri Pahang.


Ketua 1 DPMP (2 dari kanan) bersama barisan AJK ketika lawatan ke
Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Pahang tidak lama dulu.


Monday, January 25, 2016

Kunjung Hormat Ke Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Pahang



Kuantan 20.1.2016 - Delegasi Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) yang diwakili Ketua 1 YH Dato' Profesor Mohd Mansor Abdullah, Setiausaha, Bendahari, Pegawai Seranta serta Pn Ifa telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang pagi tadi.

Masa selama hampir 1 jam dimanafaatkan untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat diantara DPMP dengan Dato' Haji Edros Yahya, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang.

Banyak yang dibincangkan antaranya mengenai kerjasama dan perancangan event kebudayaan bertaraf antarabangsa yang akan dilaksanakan oleh DPMP dengan kerjasama kerajaan dan kementerian tidak lama lagi.