Thursday, January 21, 2016

Sejarah DPMP


Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) telah ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Temerloh Pahang. Dengan nombor pendaftaran 238 Pahang.

Ketua 1 yang pertama adalah Haji Taib bin Muhammad Akil.

Pada awal penubuhan, Perlembagaan DPMP menyebut 'Yang Di Pertua' bagi jawatan Ketua 1.

Perlembagaan DPMP membenarkan menubuhkan cawangan disetiap Daerah dengan panggilan sebagai 'DPMP Kawasan'.

Anugerah Sastera Darul Makmur DPMP 2015 - Sajak Lim Swee Tin



Malam Anugerah Sastera Darul Makmur DPMP 2015




Album Pertemuan DPMP Dengan Majlis Perbandaran Kuantan




Pertemuan diantara Ahli Jawatankuasa DPMP dengan pihak Majlis Perbandaran Kuantan telah diadakan pada jam 11.30 pagi, di Bilik Mesyuarat Majestik, Bangunan MPK, Kuantan bagi membincangkan peluang-peluang dan ruang yang boleh diisi oleh DPMP dalam mengetengahkan seni sastera dan budaya kepada masyarakat.

Ianya adalah usaha dalam mencari sesuatu agar dapat pengisian dibuat untuk acara bahasa, kesusasteraan dan kesenian di bumi Pahang ini. 

Suatu permulaan yang baik dengan langkah perbincangan yang kemas dan jitu.

Sekalung tahniah buat pihak pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) khususnya Yang Di Pertua - Dato' Haji Zulkifli bin Haji Yaacob, Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Kualiti - En Rosli bin Osman dan Ketua Bahagian Pelancongan - Puan Fatimah binti Mohd kerana sudi meluangkan masa bersama berbincang dengan pihak DPMP yang diketuai oleh Prof. Dato' Dr. Hj. Mohd Mansor Abdullah.

InshaAllah, pelbagai agenda bersifat ilmiah serta pengisian bermanfaat akan diaturkan dalam acara kerjasama ini dalam waktu terdekat.

Semoga DPMP dan MPK akan dapat bersama berganding bahu untuk melestarikan niat murni membangkitkan kesedaran bangsa dalam menghargai peradaban bahasa dan Bangsa Melayu, InshaAllah.














Album Foto Mesyuarat Ahli Jawatankuasa DPMP 1/2016




Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) 1/2016 pada 16hb. Januari 2016 Jam 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang, Kuantan.












Album Foto Mesyuarat Agung DPMP 2015



Foto kenangan sekitar Mesyuarat Agung Tahunan DPMP pada 26.13.2015 jam 10.00 pagi di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang, Kuantan.